Thursday, May 14, 2009

5th Anniversary



14 Mei 2009 merupakan ulang tahun perkahwinan aku yang ke-5.Bangga beb..Aku harap sangat perhubungan nie sampai ke akhir hayat aku..Baba belikan aku handbag ROXY yang memang merupakan jenama pilihan aku.Thanks Baba.Aku lak hadiahkan Baba Short Pants Quiksilver.Tak sabar-sabar Baba nak pakai.Aku sayang family aku

Ya Allah Ya tuhanku ,kau peliharalah hubungan kami ini dan semoga kami menjadi insan yang sentiasa diredhai..Amin

Hobi baru


video


Aku dah ada hobi dan makanan kegemaran yang baru...
Lately aku ngan suami selalu gak g karaoke kat The Hub Alamanda..Enjoy beb
Now kitorang ambik pendekatan yang lebih senang dengan mewujudkan satu bilik karaoke kat umah je..lagi senang and tak buang masa.
Makanan lak sekarang nie aku terlalu gilakan teppayanki..slurpp
Cuttlefish set...Pari set..Black Pepper Beef Set..Perghh sedap giler..
So Enjoy

Friday, May 8, 2009

Ratu Sehari - Liyana





Tanggal 17 April 2009 Liyana telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Rohaidi Said..Walaupun malam tu berlaku sesuatu yang di luar jangkaan - bekalan elektrik terputus sepanjang malam - namun majlis tetap berlangsung dengan meriahnya. 18 April 2009 berlangsungnya majlis persandingan untuk pasangan raja & ratu sehari nie.Akak doakan korang berjaya menempuh alam perkahwinan nie dengan success dan kekalkan kebahagiaan selama-lamanya.Amin...

Monday, May 4, 2009

Emry With His Stuff




Kereta nie hadiah untuk Emry waktu umur dia setahun. Suka sangat dia.Yang best sebab dia pandai bawak. Aku tak ingat harga dia berapa tapi dalam RM400 lebih. Beli kat Nilai 3.Baru-baru nie dia sibuk mintak moto lumba. Aku belikan moto mainan yang kecik dia tak nak.Dia nak yang bole duduk.Aduh..kopak Mama. 21 April aku ke Chow Kit ngan Emry n Baba carik moto lumba. Ada 3 biji kat kedai tu.Tapi Emry dia tetap nak yang nie jugak.Paling mahal lak tu...Takperlah Emry..Hadiah besday yang ke-3 k. Moto nie lagi mahal.RM580 tapi aku dapat beli dengan harga RM530.Esoknya Emry demam 5 hari. Mungkin terlalu suka kot..Semoga Emry jadik anak yang baik ye..sayang

Wednesday, April 8, 2009

Selamat Tinggal JTM

13 September 2004 aku mula lapor diri sebagai kakitangan awam di Jabatan Tenaga Manusia Putrajaya. Pelbagai kisah pahit manis berlaku kat sana. Gambar nie sewaktu aku jadi urusetia Kejohanan Bowling yang dianjurkan oleh JTM. Kira aku nie kakitangan yang aktiflah.3 tahun berturut-turut mewakili JTM untuk Kejohanan Sukan bagi acaran netball n bola tampar. Kenangan manis..Tahun 2008 aku telah dinaikkan pengkat walaupun x setinggi mana menyebabkan aku terpaksa bertukar kementerian. Nak buat camner..Rezeki jangan ditolak.So selamat tinggal Jabatan Tenaga Manusia dan Welcome to Ministry Of Health.Kepada kengkawan lama di JTM aku ucapkan terima kasih sangat sebab sudi jadi kawan aku dan semoga persahatan kita akan berkekalan selamanya.Luv u all





Tuesday, April 7, 2009

Hazif Emyr Ishaqee


Adik mymyr gelaran tuk anak ke2 aku.Lahir pada 9 Jun 2007.Kelahiran yang terlalu pantas bagi aku.Sepatutnya due yang ditetapkan doc pada 12 Jun 2007.Mungkin dia nak sama ngan Makcik Nora tapi Emyr terawal sehari lak.Kalau 10 jun bole sambut besday sesama kan Nora..Sabtu 9 Jun pukul 6 pagi aku terasa sakit pinggang.Tapi still bole basuh baju lagi.Aku buat air milo ngan makan biskut ala kadar.Pastu aku mandi and ambik beg tuk ke hospital.Tengah sibuk berkemas tu baru aku perasan wallet aku tertinggal kat opis.Hari tu lak Sabtu selamat ada orang yang buat OT kat opis.Kalau tak haru..Kul 8 aku ngan suami g opis nak ambik wallet dalam keadaan aku yang da sakit.Tapi aku sengaja berjalan biar cepat sikit jalan terbukak.Hehe..Kul 8.30 daftar kat labour room.Doc cakap jalan da bukak 2cm.10 minit doc cakap jalan da 8cm.Kelam kabut diorang panggil suami aku suh masuk labour room.Tak sampai setengah jam Hazif Emyr Ishaqee lahir ke dunia dengan berat 3.4kg.Senang sangat..Alhamdulillah




Emyr dah masuk 2 tahun






Ibu dan Abah buat Umrah



Alhamdulillah..tercapai jugak hasrat ibu nak buat umrah.Abah pulak kali ke2 kerjakan umrah.Nie semua atas pertolongan Along ngan Abang Lan.Thanks to both of you.Semoga Allah merahmati kalian..Waktu nie aku tengah mengandung anak kedua dan usia kandungan waktu tu da masuk 9 bulan.Emry terpaksa letak atas jagaan Mak.Sedih sangat aku waktu tu sebab Emry menangis kena tinggal kat umah mak.Dia tak biasa kat sana.Sekarang nie pantang mak datang lak asyik nak ikut je.He..he..Aku tawakal jer andai kata aku bersalin tanpa ibu ngan abah kat sini.Mak ada so aku tak bimbang sangat.Selamat ada mak mertua yang prihatin.Selang beberapa hari lepas ibu balik dari umrah baru aku terasa sakit nak bersalin.Ibu cakap dia doa kat depan Kaabah supaya aku bersalin bila dia dah balik nanti supaya tak susahkan mak.Aku sayang sangat kat Ibu ngan Abah..

Haziq Emry Ishazee

24 Mei 2006 aku ada checkp up kat KKPutrajaya cam biasa. Tapi ari tu 3 kali tekanan darah aku diperiksa sebab tekanan sentiasa tinggi. Jalan terakhir aku terpaksa dirujuk pada doc yang bertugas.Erm..lambatlah jawabnya.Bila doc periksa dia terus kelam kabut sebab katanya aku dah ada tanda nak bersalin.Siap nak sediakan ambulans lagi.Pelik gak sebab aku xder rasa sakit langsung and xder sebarang tanda-tanda awal tuk bersalin.Kul 4 petang baru aku daftar masuk kat labour room.So aku terpaksa jalani prosedur biasa...bosan sangat.Tengah malam baru aku terasa sakit sampai tak boleh nak tido.Pukul 7.30 pagi aku dipanggil tuk diperiksa lagi.So doc tuk cakap aku da bole ke labour room coz jalan da terbuka 3 cm.Ngeri gak..Sampai kat katil, ibu ngan laki aku da tunggu.Ibu bawak air kembang fatimah dalam botol suruh aku minum. Sebenarnya aku sekeluarga x pernah guna bunga kembang fatimah tu.Aku sajer nak manfaatkan sebab ada orang belikan waktu dia ke Mekah.Bila aku nak minum jer air tu Nurse tegah sebab dia kata aku akan rasa sakit awal bila minum air tu.So aku ikut cakap nurse tu.Aku terus ditolak ke labour room.Sejam ke sejam aku tanggung sakit tapi still tak bersalin lagi.Selamat laki aku ada.Doc masuk dia pelik sebab jalan aku langsung tak terbukak.Still 3cm. Rupanya-rupanya sebab bunga kembang fatimah tu direndam dalam botol yang permukaan dia 3cm.Susah nak percaya kan??Tapi doc pun percaya berpunca dari tu.Nurse diarah ambil besen untuk rendam bunga kembang fatimah tu.Bila bunga tu bertukar tempat automatik jalan aku terbuka 8cm..Miracle tapi itulah keajaibannya.Tak sampai setengah jam lahirnya anak sulungku yang bernama Haziq Emry Ishazee bin Mohd.hazhar seberat 3.3kg pada pukul 1.40pm 25 Mei 2006.Amin..




Emry dah 3 tahun.