Wednesday, April 8, 2009

Selamat Tinggal JTM

13 September 2004 aku mula lapor diri sebagai kakitangan awam di Jabatan Tenaga Manusia Putrajaya. Pelbagai kisah pahit manis berlaku kat sana. Gambar nie sewaktu aku jadi urusetia Kejohanan Bowling yang dianjurkan oleh JTM. Kira aku nie kakitangan yang aktiflah.3 tahun berturut-turut mewakili JTM untuk Kejohanan Sukan bagi acaran netball n bola tampar. Kenangan manis..Tahun 2008 aku telah dinaikkan pengkat walaupun x setinggi mana menyebabkan aku terpaksa bertukar kementerian. Nak buat camner..Rezeki jangan ditolak.So selamat tinggal Jabatan Tenaga Manusia dan Welcome to Ministry Of Health.Kepada kengkawan lama di JTM aku ucapkan terima kasih sangat sebab sudi jadi kawan aku dan semoga persahatan kita akan berkekalan selamanya.Luv u all





Tuesday, April 7, 2009

Hazif Emyr Ishaqee


Adik mymyr gelaran tuk anak ke2 aku.Lahir pada 9 Jun 2007.Kelahiran yang terlalu pantas bagi aku.Sepatutnya due yang ditetapkan doc pada 12 Jun 2007.Mungkin dia nak sama ngan Makcik Nora tapi Emyr terawal sehari lak.Kalau 10 jun bole sambut besday sesama kan Nora..Sabtu 9 Jun pukul 6 pagi aku terasa sakit pinggang.Tapi still bole basuh baju lagi.Aku buat air milo ngan makan biskut ala kadar.Pastu aku mandi and ambik beg tuk ke hospital.Tengah sibuk berkemas tu baru aku perasan wallet aku tertinggal kat opis.Hari tu lak Sabtu selamat ada orang yang buat OT kat opis.Kalau tak haru..Kul 8 aku ngan suami g opis nak ambik wallet dalam keadaan aku yang da sakit.Tapi aku sengaja berjalan biar cepat sikit jalan terbukak.Hehe..Kul 8.30 daftar kat labour room.Doc cakap jalan da bukak 2cm.10 minit doc cakap jalan da 8cm.Kelam kabut diorang panggil suami aku suh masuk labour room.Tak sampai setengah jam Hazif Emyr Ishaqee lahir ke dunia dengan berat 3.4kg.Senang sangat..Alhamdulillah




Emyr dah masuk 2 tahun






Ibu dan Abah buat Umrah



Alhamdulillah..tercapai jugak hasrat ibu nak buat umrah.Abah pulak kali ke2 kerjakan umrah.Nie semua atas pertolongan Along ngan Abang Lan.Thanks to both of you.Semoga Allah merahmati kalian..Waktu nie aku tengah mengandung anak kedua dan usia kandungan waktu tu da masuk 9 bulan.Emry terpaksa letak atas jagaan Mak.Sedih sangat aku waktu tu sebab Emry menangis kena tinggal kat umah mak.Dia tak biasa kat sana.Sekarang nie pantang mak datang lak asyik nak ikut je.He..he..Aku tawakal jer andai kata aku bersalin tanpa ibu ngan abah kat sini.Mak ada so aku tak bimbang sangat.Selamat ada mak mertua yang prihatin.Selang beberapa hari lepas ibu balik dari umrah baru aku terasa sakit nak bersalin.Ibu cakap dia doa kat depan Kaabah supaya aku bersalin bila dia dah balik nanti supaya tak susahkan mak.Aku sayang sangat kat Ibu ngan Abah..

Haziq Emry Ishazee

24 Mei 2006 aku ada checkp up kat KKPutrajaya cam biasa. Tapi ari tu 3 kali tekanan darah aku diperiksa sebab tekanan sentiasa tinggi. Jalan terakhir aku terpaksa dirujuk pada doc yang bertugas.Erm..lambatlah jawabnya.Bila doc periksa dia terus kelam kabut sebab katanya aku dah ada tanda nak bersalin.Siap nak sediakan ambulans lagi.Pelik gak sebab aku xder rasa sakit langsung and xder sebarang tanda-tanda awal tuk bersalin.Kul 4 petang baru aku daftar masuk kat labour room.So aku terpaksa jalani prosedur biasa...bosan sangat.Tengah malam baru aku terasa sakit sampai tak boleh nak tido.Pukul 7.30 pagi aku dipanggil tuk diperiksa lagi.So doc tuk cakap aku da bole ke labour room coz jalan da terbuka 3 cm.Ngeri gak..Sampai kat katil, ibu ngan laki aku da tunggu.Ibu bawak air kembang fatimah dalam botol suruh aku minum. Sebenarnya aku sekeluarga x pernah guna bunga kembang fatimah tu.Aku sajer nak manfaatkan sebab ada orang belikan waktu dia ke Mekah.Bila aku nak minum jer air tu Nurse tegah sebab dia kata aku akan rasa sakit awal bila minum air tu.So aku ikut cakap nurse tu.Aku terus ditolak ke labour room.Sejam ke sejam aku tanggung sakit tapi still tak bersalin lagi.Selamat laki aku ada.Doc masuk dia pelik sebab jalan aku langsung tak terbukak.Still 3cm. Rupanya-rupanya sebab bunga kembang fatimah tu direndam dalam botol yang permukaan dia 3cm.Susah nak percaya kan??Tapi doc pun percaya berpunca dari tu.Nurse diarah ambil besen untuk rendam bunga kembang fatimah tu.Bila bunga tu bertukar tempat automatik jalan aku terbuka 8cm..Miracle tapi itulah keajaibannya.Tak sampai setengah jam lahirnya anak sulungku yang bernama Haziq Emry Ishazee bin Mohd.hazhar seberat 3.3kg pada pukul 1.40pm 25 Mei 2006.Amin..




Emry dah 3 tahun.